Skip to content

Terma & Syarat

Bahagian ini menerangkan terma dan syarat penyertaan bagi Anugerah Usahawan MADANI. Semua peserta wajib mematuhi syarat yang ditetapkan

Kelayakan Penyertaan

Terbuka kepada individu, syarikat dan organisasi yang berdaftar di Malaysia. Peserta perlu memenuhi syarat mengikut kategori yang ditetapkan.

Dokumen Sokongan

Peserta wajib mengemukakan profil syarikat/individu, gambar, dan bukti pencapaian. Semua dokumen mestilah sah, benar dan terkini.

Proses Penilaian

Penilaian dibuat berdasarkan enam Prinsip MADANI: Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Hak Penganjur

Pihak penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat. Penganjur berhak menggunakan nama, logo, gambar atau video peserta untuk tujuan promosi anugerah.

Privasi & Kerahsiaan

Semua maklumat yang dikemukakan akan dirahsiakan dan hanya digunakan untuk tujuan penilaian serta penganjuran acara.

Penganugerahan

Setiap kategori anugerah akan dipertandingkan mengikut kumpulan usahawan yang telah ditetapkan. Jumlah keseluruhan anugerah adalah 30, meliputi semua kategori dan kumpulan usahawan.