Anugerah Usahawan MADANI diwujudkan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang usahawan dari pelbagai latar belakang termasuk mikro, kecil, sederhana, belia, wanita dan OKU. Anugerah ini menekankan enam prinsip utama MADANI iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan, bagi memastikan pengiktirafan bukan sahaja berdasarkan kejayaan perniagaan, tetapi juga nilai kemanusiaan, inovasi, serta tanggungjawab sosial.
Acara ini berfungsi sebagai platform berprestij yang memberi peluang kepada usahawan untuk menonjolkan jenama, membina jaringan strategik, dan membuka ruang kerjasama baharu. Dengan visi untuk menjadi penanda aras kecemerlangan keusahawanan di Malaysia, Anugerah Usahawan MADANI meraikan kejayaan hari ini sambil membentuk masa depan ekonomi yang lebih beretika, inklusif dan mampan.
|
Nilai Teras MADANI
|
Penerangan Prinsip
|
|---|---|
|
KEMAMPANAN (Sustainability) |
Keupayaan syarikat mengekalkan kelangsungan operasi tanpa |
|
KESEJAHTERAAN (Prosperity / Well-being) |
Penjagaan terhadap kebajikan pekerja, pelanggan, dan komuniti |
|
DAYA CIPTA (Innovation / Creativity) |
Keupayaan syarikat menghasilkan idea baharu, memperbaiki |
|
KEYAKINAN (Trust / Confidence) |
Tahap integriti, reputasi, dan kepercayaan pelanggan, pekerja serta |
|
HORMAT (Respect) |
Mengamalkan adab, kesantunan dan penghargaan terhadap |
|
IHSAN (Compassion / Humanity) |
Kepekaan dan keprihatinan terhadap manusia serta nilai |
Sekumpulan usahawan daripada pelbagai bidang yang bergiat aktif dalam memajukan perniagaan masing-masing. Mereka berkongsi pengalaman, idea, serta inovasi untuk membina jaringan kerjasama dan memperkukuh ekosistem keusahawanan.
Setiap kumpulan usahawan — Mikro, Kecil, Sederhana, Belia, Wanita dan OKU — akan dipertandingkan dalam kesemua enam kategori utama Anugerah Usahawan MADANI iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan. Ini bermakna, secara keseluruhan akan terdapat 30 anugerah berasingan yang akan diberikan mengikut kategori dan kumpulan usahawan masing-masing
|
Kod & Nama Anugerah
|
Penerangan Ringkas
|
|---|---|
|
AUMM – Anugerah Usahawan Mampan |
Mengiktiraf usahawan yang menekankan kelestarian dalam operasi perniagaan. |
|
AUSM – Anugerah Usahawan Sejahtera |
Usahawan yang mengutamakan kesejahteraan masyarakat dan pekerja |
|
ADCUM – Anugerah Daya Cipta Usahawan |
Menghargai usahawan yang inovatif, kreatif, dan membawa pembaharuan |
|
AUBM – Anugerah Usahawan Beretika |
Mengiktiraf usahawan yang mengamalkan nilai maruah, etika, dan tanggungjawab |
|
AKUM – Anugerah Kredibiliti Usahawan |
Diberikan kepada usahawan yang membina keyakinan melalui integriti dan prestasi |
|
AUPM – Anugerah Usahawan Prihatin |
Usahawan yang menonjolkan ihsan, prihatin dan memberi impak sosial |